The Best of You | WHO IS THE BEST OF YOU?
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

KISAH PILIHAN

APAKAH
YANG TERBAIK DALAM DIRI ANDA?

 

h2

Soalan ini nampaknya mudah tetapi ramai daripada kita masih memerlukan masa untuk berfikir. Ini merupakan tujuan utama pergerakan “Apakah Yang Terbaik Dalam Diri Anda” – di mana kita diminta untuk meluangkan sedikit masa dalam kesibukan harian, menghargai pengalaman dan pencapaian cemerlang diri serta insan-insan yang menjadikan kita seperti hari ini.

Bermula pada 2014, pergerakan ini berinspirasikan penghargaan terhadap pencapaian dan pengalaman hidup seseorang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kisah-kisah ini berpaksikan keberanian, penyesalan, komuniti, kasih sayang, dorongan, keinsafan dan yang paling utama, nilai-nilai positif yang memberangsangkan.

Dengan perkongsian cerita-cerita sebegini, ia dapat menjadi sumber inspirasi dan memberi dorongan kepada orang lain.

Menyedari nilai-nilai murni di sebalik kisah-kisah tersebut, kompilasi cerita-cerita ini telah kami muatnaik di dalam laman sesawang ini. Selain itu, beberapa cerita terpilih akan dipamerkan di beberapa lokasi pameran yang dijadualkan pada tahun ini.

Kami berharap agar orang ramai dapat tampil berkongsikan kisah-kisah mereka dan kami juga berharap agar kisah-kisah hidup ini dapat memberikan inspirasi dan dorongan kepada lebih ramai orang lagi.

Kisah-kisah anda berkemungkinan untuk mengubah kehidupan orang lain malahan …..anda sendiri. Marilah berkongsi tentang “Apakah Yang Terbaik Daripada Anda”.

Klik sini untuk cerita yang lebih inspirasi.

Langgani senarai mel kami untuk menerima
berita dan perkembangan terbaru!

 

             

The Best of You