Ah Gong | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Ah Gong Singapura


 

TBOY16_Personality_AhGong

Cuba teka betapa mudanya saya?

Setiap pagi, saya akan bangun pada pukul tujuh pagi. Selepas mandi, saya akan membuat senaman “squats” sebanyak lima puluh kali” dan regangan badan. Selepas itu, saya akan mengambil sarapan lalu bertolak ke tempat kerja pada pukul lapan pagi. Inilah rutin harian saya dari hari Isnin sehingga hari Sabtu.

Saya tidak suka duduk diam tanpa membuat apa-apa. Hanya memikirkannya membuatkan saya rasa tidak boleh tahan. Saya masih ingat lagi pada lapan tahun yang lepas, apabila saya pergi mendaki Tembok Besar China, anak-anak saya yang berada di dalam kereta mengatakan cuaca terlalu sejuk. Cuaca pada masa itu memang terlalu sejuk, kira-kira dalam negatif 10 ° C, tetapi saya tetap ingin mendaki dan melihat pemandangannya. Saya masih ingat lagi pemandangan dan jamuan tengah hari selepas pendakian itu.Tahukah anda, betapa enaknya hidangan “Itik Peking” apabila dimakan pada waktu sejuk?

Saya rasa saya adalah orang yang tidak boleh duduk diam. Itulah apa yang saya beritahu kepada doktor semasa memperbaharui lesen memandu saya. Tahun lepas merupakan pertama kali dalam tempoh 20 tahun, doktor tidak mahu memperbaharukan lesen saya. Oleh itu, saya pun mempelawa beliau untuk menaiki kereta lalu saya bawa beliau ke merata tempat. Akhirnya, lesen saya diperbaharui pada hari yang sama juga.

Kadang-kala, cucu saya kata saya memandu terlalu laju. Sehingga sekarang saya masih mendapat saman kerana memandu melebihi had laju! Sebenarnya saya hanya mengikut rentak saya sendiri. Lagipun, saya masih muda lagi. Saya Cuma berumur 96 tahun sahaja.





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You