Ammar | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Ammar Singapura


TBOY17_Personality_AmmarSaya seorang penari yang mempunyai masalah pendengaran.

“Bagaimanakah seseorang yang mempunyai masalah pendengaran boleh menari?” Di antara golongan kami ada perbezaan. Ada yang hanya boleh mendengar bunyi bass. Ada pula yang boleh merasai getaran dari lantai. Bagi saya, saya menari dengan menggunakan penglihatan yang dapat membantu pendengaran saya.

Muzik selalu akan dimainkan di rumah. Apabila saya menonton filem Shah Rukh Khan, saya akan cuba meniru gerak-geri tariannya. Namun, semasa kali pertama melihat Michael Jackson, saya amat kagum dengan tariannya. Saya telah meluangkan banyak masa untuk belajar tarian Michael Jackson yang terkenal – “3 Langkah”. Saya masih ingat lagi reaksi terkejut kawan- kawan saya. Tiada seorang pun yang terfikir bahawa saya akan menceburi bidang tarian.

Menari memberikan saya rasa kebebasan. Semasa menari, saya berasa seperti banyak lagi pengembaraan dan pengalaman yang boleh dikecapi. Malahan, dunia saya,  bukan terhad kepada tarian sahaja.

Siapa kata orang yang mempunyai masalah pendengaran tidak boleh menghargai muzik dan tarian?





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You