Amy dan Allison | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Amy dan Allison Malaysia


TBOY17_Personality_AmiAllison

Saya Amy, dia Allison. Apabila keluar bersama, ada sahaja mata yang memandang.

Kami mempunyai banyak perbezaan. Kami sering tidak bersetuju antara satu sama lain. Dia suka menyanyi karaoke dan menonton wayang. Saya tidak suka aktiviti-aktiviti tersebut. Jadi, semasa kita keluar bersama, kita selalunya pergi makan. Apa yang penting ialah kita boleh duduk bersama dan berbual dengan mesra.

Bukan senang untuk orang Cina, Melayu dan India menjadi rapat. Semasa pergi ke Korea bersama, saya berpendapat bahawa makanan akan menjadi satu masalah kepada kami. Jadi, saya memberitahu Allison untuk makan apa sahaja yang dia gemar dan jangan risau terhadap pemakanan saya. Tetapi, dia bertekad untuk mencari tempat yang sesuai untuk kita menjamu selera bersama. Pada masa itu, saya menyedari Allison banyak bertolak-ansur demi persahabataan ini. Tidak mengira restoran atau melancong, dia sentiasa memastikan bahawa saya berada dalam keadaan yang selesa. Allison memang seorang sahabat sejati.

Apakah pandangan anda terhadap kami? Cina dan Melayu? Ataupun sebagai sepasang rakan karib? Bagi saya, kami hanyalah Amy dan Allison. Apabila saya melihatnya, saya dapat melihat banyak persamaan daripada perbezaan di antara kita. Menjadi rakan karib bukanlah sesuatu yang sukar bagi kami. Bagaimana pula dengan anda?





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You