Bal | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Bal Malaysia


TBOY17_Personality_BalSetiap hari, saya akan membuat satu panggilan “Missed Call”.

Panggilan telefon ke Nepal amat mahal. Oleh itu saya sering membuat panggilan “Missed Call” kepada keluarga saya. Dengan adanya “Missed Call”, mereka tahu bahawa saya sedang merindui mereka.

Tahun ini merupakan tahun kesepuluh saya berada di Malaysia. Sebelum ini, saya bekerja di tapak pembinaan bangunan pencakar langit di Qatar. Sekarang, saya bekerja sebagai seorang pekebun. Saya mula menanam dan ia mengingatkan saya tentang kehidupan di Nepal yang penuh dengan sawah dan kebun. Ia juga mengingatkan saya yang keluarga saya menunggu kepulangan saya.

Detik-detik yang paling gembira menjadi seorang pekebun ialah dapat melihat pokok bunga saya membesar dan akhirnya berbuah. Ini merupakan hasil titik peluh saya. Bagi orang lain, saya hanya seorang pekerja asing di sini. Tetapi bagi saya, peranan saya penting iaitu memastikan pokok bunga saya membesar dan kekal sihat. Kehidupan kita juga seumpama menanam pokok bunga kerana segala kerja keras akan membuahkan hasil.

Memang bukan senang hidup di perantauan. Tetapi sebagai pencari nafkah tunggal, saya gembira bekerja keras demi keluarga tersayang.

Saya berhasrat untuk memiliki satu kedai di Nepal suatu hari nanti. Hasrat ini mungkin hanya impian kecil bagi orang lain. Tetapi ia merupakan segala-galanya bagi diri saya dan keluarga saya. 





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You