Dev | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Dev Malaysia

Saya datang dari negara lain demi menjaga keselamatan anda.

Anjing pengawal. Tiada akal. Pemalas. Dalam tempoh tiga tahun ini, pelbagai gelaran mengenai pekerjaan saya sebagai pegawal keselamatan telah saya dengari. Kebanyakan masanya, saya tidak diendahkan. Kadangkala, orang melayan saya dengan penuh kesangsian. Pernah sekali, rakan sekerja saya ditumbuk kerana melarang seseorang yang bukan penghuni masuk ke dalam kondominium itu.

Tetapi saya tabah melalui penindasan ini demi keluarga yang saya tinggalkan di Nepal. Kadangkala, anak-anak saya akan telefon bertanyakan bila saya akan pulang ke rumah. Kebanyakan masanya, saya tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu. Saya hanya tahu mereka memerlukan sokongan saya dan saya perlu terus memperjuangkan nasib saya di sini.

Untuk mereka, saya sanggup bekerja bertungkus-lumus, walaupun waktu kerja amat panjang dan tidak tetap. Untuk mereka, saya mampu berdiri lebih dari dua belas jam. Untuk mereka, saya menahan segala cemuhan.

Namun, ia tidak mudah. Sebagai seorang pegawal keselamatan, saya diamanahkan untuk menjaga keselamatan penghuni kondominium dan rumah mereka.

Tetapi, adakah anda mempercayai saya, atau sebaliknya?





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You