Garis Panduan Penyerahan | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Garis Panduan Penyerahan

Kami menjemput anda untuk luangkan sedikit masa dan berkongsi cerita anda melalui perantara kreatif pilihan anda – senaskah tulisan yang menceritakan kejayaan anda melalui liku-liku kehidupan dan bangkit sebagai seorang yang lebih baik, sebuah lukisan potret rakan anda yang telah banyak memberi inspirasi kerana sikapnya yang suka menolong orang lain atau sekeping gambar harta pusaka keluarga yang diiring dengan sebuah puisi.

Kami sedang mencari penyerahan peryertaan yang dikongsi melalui pelbagai perantara kreatif daripada semua lapisan masyarakat.

Cara-Cara Penyertaan

1. Luahkan “Terbaik Dalam Diri Anda” melalui apa-apa format – kami sedang mencari penyerahan seperti lukisan, fotografi, filem, lagu, puisi, tulisan, reka tulisan dan banyak lagi.

2. Muat naikkan penyerahan anda. Sila rujuk kepada langkah-langkah berikut untuk arahan dan dimana anda boleh muat naikkan penyerahan anda.

Seni, Reka bentuk dan Fotografi

Media 2D atau 3D, Lukisan, rekaan seramik, arca, perhiasaan, media majmuk, dan pepasangan.

Muat naik karya anda (ataupun gambar karya anda) ke Facebook atau Instagram. Pastikan tetapan anda ditetapkan kepada umum “Public”.

Tulisan dan Testimoni

Testimoni peribadi, petikan, puisi, cerpen dan tulisa pelbagai bentuk yang tidak melebihi 500 patah perkataan.

Isikan ruang Tulisan Penyerahan dan serahkan tulisan anda itu secara kreatif dengan memuat naikkan gambar melalui Facebook atau Instagram.

Filem & Muzik

Filem Pendek, Blog Video atau Rakaman Testimoni.
Penyerahan Muzik termasuk gubahan tersendiri, sama ada muzik selingan atau nyanyian.

Penyerahan video harus dimuat naikkan ke Facebook atau Youtube. Untuk Audio, Ikuti arahan di sini atau memuat naikkan fail anda ke YouTube.

Lain-Lain

Jika anda mempunyai karya yang tidak disenaraikan, kongsikan karya melalui kategori Lain-Lain.

Benda-benda yang ingin dikongsikan seperti Cenderahati (kain, permainanan, surat) yang menggambarkan kisah anda harus dimuat naikkan ke Facebook atau Instagram.

 

3. Pastikan anda sertai hashtag #thebestofyou bersama penyerhan anda.

4. Lengkapkan borang penyerahan. sikan ruang-ruang peribadi anda (untuk kemudahan kami menghubungi anda sekiranya penyerahan anda terpilih untuk di pamerkan) dan sertakan informasi tentang penyerahan anda seperti penerangan ringkas yang tidak melebihi 150 patah perkataan.

* Terma dan Syarat Penyerahan Penyertaan “Terbaik Dalam Diri Anda”

Klik sini untuk cerita yang lebih inspirasi.

Langgani senarai mel kami untuk menerima
berita dan perkembangan terbaru!

 

             

The Best of You