Helen | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Helen Singapura


 

helen

Serene adalah orang yang paling saya rindui apabila saya meninggalkan Singapura.

Serene masih belajar di sekolah rendah apabila dia mula mengambil wang dari dompet saya. Betapa riangnya apabila dia dapat membeli makanan ringan dan CD kegemarannya. Selama ini, saya melayan Serene seperti anak perempuan saya sendiri. Jadi, wang saya adalah wang dia. Saya tidak pernah menegurnya tentang perbuatan mengambil wang tanpa pengetahuan saya.

Saya masih ingat lagi ketika dia masih seorang bayi, dia selalu menangis! Saya akan memastikan saya sentiasa berada di sisinya. Saya juga akan mengeluarkan hingus dari hidungnya agar dia tidak sesak nafas. Apabila dia mula bersekolah, saya turut menangis apabila melihat dia menangis.

Saya merindui saat-saat ketika keluar bermain bersama. Saya pernah menanam pokok nangka di belakang rumah dan mengajar Serene cara untuk memanjat pokok. Kami juga selalu pergi ke longkang berhampiran untuk menangkap berudu dan membawa ia pulang. Sekarang, Serene sudah pun dewasa. Saya tidak pasti bagaimana pembantu rumah lain melayan anak tuan rumah, tetapi saya tetap menyayangi Serene seperti anak saya sendiri. Apabila saya meninggalkan Singapura, Serene adalah orang yang paling saya rindui.

 





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You