Mohiuddin | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Mohiuddin Singapura


Bagaimanakah anda ke tempat kerja setiap hari?

Ada yang menaiki bas ke tempat kerja. Ada juga yang menaiki kereta. Saya pula? Saya menaiki lori.

Hari saya bermula dari pukul empat setengah pagi sebelum matahari terbit. Seperti yang lain di dormitori, saya beratur dan menunggu giliran saya untuk mandi. Ini disusuli dengan sarapan yang ringkas. Kemudian, pernantian bermula.

Dalam hening subuh, kami menunggu di tepi jalan raya dan menantikan lori untuk mengambil kami. Setelah menaiki lori, kami menunggu lagi sementara lori mengambil pekerja-pekerja dari tempat lain. Perjalanan ke tempat kerja kami tidaklah jauh, namun penantiannya yang lama.

Di dalam lori, terdapat dua tempat duduk yang “bertuah”, iaitu di sebelah pemandu. Mereka “bertuah” kerana dapat duduk dalam keadaan berhawa dingin dan selesa. Yang lain seperti saya, tidak begitu bertuah. Seperti sardin di dalam tin, kami terpaksa duduk di bahagian belakang lori yang sempit dan panas.

Pekerja lain, tidak kira bangsa ataupun agama, menjadi teman seperjuangan saya. Apabila hujan turun, kami akan saling berpelukan dan melindungi satu sama lain agar tidak basah kuyup. Kadangkala, kami akan berpangku. Dalam saat-saat getir sebegini, bau badan dan kasut kami bergabung – dan menyebabkan kesukaran untuk kami bernafas. Kami mengambil risiko bersama-sama. Apabila brek lori ditekan, kami tidak mempunyai apa-apa untuk berpaut. Pernah sekali seorang teman saya tercedera dan kami hanya dapat melihat dengan hati yang berat.

Akhirnya, gegaran enjin berhenti. Dan kami menunggu lagi.

Tepat pada jam 8 pagi, tugas bermula.

Inilah kehidupan seharian saya. Saya menerima hakikat ini, kerana ini merupakan periuk nasi untuk keluarga saya di kampung. Walaubagaimanapun, saya masih berharap agar suatu hari nanti saya dapat pergi ke tempat kerja seperti anda.





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You