Mohsin | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Mohsin Singapura


 

TBOY17_Personality_MrMohsin

Tahukah anda apa maksud Bangla?

Bangla adalah bahasa. Ia juga melambangkan perjuangan kami demi bahasa ibunda dan budaya kami.

Bangla melambangkan kesukaran. Rakan senegara saya bertungkus-lumus bekerja di luar negara demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Tetapi, siapakah yang akan mendengar cerita-cerita mereka? Maka, saya menamakan akhbar saya sebagai Banglar Kantha – “Suara Bengal”. Ia adalah suara bagi mereka yang tidak mampu menyuarakan pendapat.

Pada masa yang sama, Bangla juga adalah suatu bahasa yang indah, umpama embun pagi di atas pokok mangga. Ia adalah bahasa yang digunakan apabila membuat panggilan telefon kepada ibu semasa berada di luar negara. Ia adalah bahasa yang digunakan oleh orang Bangladeshi yang menulis puisi pada lewat malam selepas penat bekerja sehari suntuk.

Paling penting sekali, Bangla adalah kebanggaan. Saya bangga menjadi seorang Bangladeshi.





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You