Phuong | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Phuong Malaysia


 

 

Selama ini, saya ingatkan saya hanya mempunyai satu keluarga.

Pada ketika saya baru sahaja bekerja di Malaysia selama sebulan, saya telah melakukan kesilapan tanpa sengaja dalam kerja pembungkusan biscuit di tempat berkerja. Saya berasa amat berputus asa dan teringatkan emak saya. Oleh itu, saya membuat panggilan telefon kepada emak saya. Mendengar suara emak saya adalah perkara yang begitu menenangkan hati saya. Semasa bercakap dengan emak, teringatlah saya detik-detik kehidupan di Vietnam di mana emak saya selalu bekerja keras. Pada suatu hari, seorang agent melawat kampung kami dan bertanyakan siapa yang ingin bekerja di Malaysia. Saya masih ingat pada masa itu, saya berasa kalau berkerja di Malaysia, mungkin kehidupan saya akan bertambah baik.

Apabila saya baru sahaja tiba di Malaysia, saya tidak fasih berbahasa Melayu. Saya memerhatikan bagaimana rakan sekerja menjalankan tugas dan perlahan–lahan saya mengikut cara mereka. Selepas melakukannya beberapa kali, saya pun sudah mahir. Kawan-kawan sekampung juga telah banyak membantu saya. Mereka mengajar saya bertutur dalam bahasa Melayu dan cara bekerja. Bekerja di sini, saya berkenalan dengan ramai kawan dari negara lain seperti Myanmar, India and China. Selama ini, saya ingat saya hanya ada satu keluarga. Tetapi apabila berada di sini, saya telah berkenalan dengan ramai kawan. Boss saya juga melayan saya dan pekerja-pekerja lain seperti ahli keluarga sendiri. Walaupun saya sangat merindui keluarga saya di Vietnam, tetapi, di sini juga terdapat ramai kawan yang saya sayangi. 

Dulu saya pernah terfikir untuk bekerja di sini selama tiga tahun sahaja. Tetapi sekarang, saya mengambil keputusan untuk terus bekerja di sini kerana saya menpunyai keluarga kedua di Malaysia.

 





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You