Ritchelle | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Ritchelle Singapura


 

Apakah maksud pembantu rumah bagi anda?

Di negara saya, menjadi seorang pembantu rumah akan digolongkan sebagai masyarakat kelas terendah.. Ayah saya memang tidak bersetuju dan cuba menghalang saya. Seperti orang lain, dia memahami kesusahan yang dialami oleh pembantu rumah di Singapura. Saya tidak ada pilihan yang lain. Suami saya telah meninggal dan saya terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan keluarga saya dan dua orang anak saya.

Sudah sepuluh tahun berlalu semenjak saya bekerja sebagai pembantu rumah. Dua anak saya pernah berkata, “Ibu pulang buat dua minggu sahaja, tetapi tinggalkan kami untuk dua tahun lagi.”

Hati saya rasa pilu mendengar luahan hati mereka, tetapi saya tahu bukan saya seorang sahaja yang menghadapi masalah ini.

Saya berpisah dengan keluarga demi masa depan yang lebih cerah. Seperti wanita lain, inilah cara kami untuk mengatasi rintangan hidup. Walaubagaimanapun, lama kelamaan, saya mendapati sebenarnya saya adalah seorang wanita yang berkeupayaan. Pengalaman kehidupan saya telah menjadikan saya seorang yang lebih tabah dan bijak.

Di tempat kerja, saya umpama seorang kakak kepada majikan saya. Di rumah, saya merupakan seorang pejuang, seorang ibu dan seseorang yang mempunyai pencapaian. Lebih dari itu, saya seorang individu. Individu yang pandai melukis, mereka, menulis. Saya juga manusia yang mempunyai perasaan, yang berupaya bercinta dan menangis apabila diuji.

Saya bukanlah pembantu rumah sahaja, saya lebih dari itu.





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You