Sakinah | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Sakinah Malaysia


Dia adalah Nai Nai (nenek) saya.

Ibu saya berbangsa Melayu dan ayah saya berbangsa Cina.

Bagaimana pula dengan saya? Itu satu persoalan yang selalu bermain di fikiran saya.

Saya dibesarkan di dalam masyarakat di mana orang digolongkan berdasarkan bangsa – Cina, Melayu, India, Serani. Tiada ruang untuk orang yang berbangsa “lain-lain” seperti saya.

Saya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu, oleh itu, saya tidak sesuai berada dalam kategori bangsa “Melayu”. Dan kerana saya memakai hijab, saya juga tidak sesuai dalam kategori bangsa “Cina”. Tetapi pada keluarga saya, terutamanya Nai Nai (nenek) saya, saya hanyalah Sakinah.

Apabila saya keluar berjalan-jalan dengan Nai Nai, beliaulah orang pertama yang akan, dengan bangganya, memperkenalkan saya “Wa eh sun (Dia ialah cucu saya)!” kepada kawan-kawan dan jiran tetangganya sebelum mereka tersalah anggap yang saya ialah pembantu rumahnya.

Hakikat bahawa saya menyambut kedua-dua perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina masih lagi merupakan sesuatu yang janggal bagi sesetengah rakan saya. Mereka tertanya-tanya, apa yang saya akan lakukan semasa perayaan tersebut?

Kadangkala, saya berasa seperti seekor “platipus” di kalangan manusia, seolah-olah saya berada di tanah yang tidak pernah dijejaki.

Saya membayangkan satu hari nanti di mana anak-anak kita tidak lagi diajar untuk mengenali satu sama lain dengan stereotaip bangsa ataupun agama, tetapi dengan identiti sebenar mereka.





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You