Siti | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Siti Malaysia


 

TBOY16_Personality_Siti

 

Saya adalah anak jalanan dari Buku Jalanan Chow Kit.

Inilah ayat yang saya inginkan kanak-kanak saya dengan bangganya memberitahu semua orang. Saya dapat melihat keinginan mereka untuk belajar. Saya tahu mereka boleh menjadi pemimpin pada masa akan datang dan boleh mengubah masa depan negara.

Saya bersama dengan kawan-kawan mengasaskan Buku Jalanan Chow Kit untuk kanak-kanak ini. Saya mahu mereka berfikir tentang kehidupan di luar Chow Kit. Apabila orang terfikir tentang Chow Kit, mereka selalunya berpandangan negatif. Oleh itu, saya berasa amat gementar pada lawatan pertama saya ke sini. Saya tidak tahu apa yang akan dijangkakan.

Akan tetapi, kanak-kanak Chow Kit memang berlainan. Mereka tidak takut terhadap orang yang tidak dikenali dan mereka begitu bersemangat apabila diajar tentang perkara-perkara yang mudah seperti pengiraan atau cara bermain sesuatu permainan.

Saya berasa begitu gembira apabila mendengar mereka memanggil saya “Cikgu Ayu”. Bagi saya, mambantu dan mendidik adalah cara kami berinteraksi dengan orang lain di kawasan sekitar dan “Memanusiakan Manusia”.

Saya selalu memberitahu kanak-kanak saya, “Jom kita belajar dan maju bersama-sama. Mari kita mengubah bersama-sama.” Saya percaya kepada kemampuan mereka.

 





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik sini untuk cerita yang lebih inspirasi.

The Best of You