Terma dan Syarat Penyerahan | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Terma dan Syarat Penyerahan

TERMA DAN SYARAT PENYERAHAN “TERBAIK DALAM DIRI ANDA” 

Kempen “Terbaik Dalam Diri Anda” (Kempen ini) adalah hak milik dan urusan Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd (Syarikat).

Dengan menyerahkan karya penyertaan anda kepada “Terbaik Dalam Diri Anda” di www.the-best-of-you.com (Laman Web Kempen ini), anda (Peserta) disifatkan memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi laman kempen ini. Anda juga disifatkan faham dan setuju dengan Terma Penyerahan dan Syarat berikut:

HAK MILIK PEMILIKAN INTELEKTUAL

Peserta menjamin bahawa semua karya fizikal (prosa bertulis, puisi, gambar-gambar, reka bentuk grafik, lukisan, lukisan, arca, pemasangan seni, video, visual bergerak) dan visual pewakilan karya fizikal (secara kolektif dikenali sebagai “Karya Penyerahan”) yang dihantar oleh Peserta melalui URL-URL yang dilampirkan dalam borang penyertaan adalah 100% ciptaan asal Peserta.

Sekiranya Karya Penyerahan yang dihantar mengandungi atau menggabungkan karya-karya daripada individu atau organisasi lain, termasuk juga apa-apa bahan yang dilindungi hak cipta, Peserta hendaklah memastikan apa-apa kebenaran yang diperlukan dan / atau lesen daripada pihak ketiga tersebut diperolehi secara sah. Sekiranya Karya Penyerahan yang dihantar mengandungi karya-karya pihak ketiga, Peserta dikehendaki mengisytiharkan kenyataan itu dalam tulisan yang disertakan borang penyerahan, dan mengesahkan bahawa semua kebenaran dan / atau lesen telah diperolehi.

Pemilikan Intelek kesemua visual perwakilan karya dan karya fizikal yang dihantar oleh Peserta yang dilampirkan dimiliki oleh peserta (iaitu seorang yang telah mencipta karya tersebut). Peserta memberi Syarikat dan rakan perkongisian Syarikat kebenaran tidak-eksklusif dan bebas royalti, untuk menggunakan setiap karya yang dihantar, sama ada keseluruhannya atau sebahagian dari karya tersebut, dengan tujuan promosi / arkib di seluruh dunia buat selama-lamanya. Artis akan menerima pengesahan sewajarnya.

Syarikat, kakitangan syarikat, syarikat gabungan dan rakan perkongsian Syarikat, tidak akan bertanggungjawab sekira adanya pelanggaran mana-mana harta intelek (termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta) atau hak lain pihak ketiga atau pelanggaran mana-mana undang-undang disebabkan oleh penciptaan Peserta atau penyerahan Karya Penyerahan itu

TUNTUTAN PEMILIKAN INTELEK PIHAK KETIGA

Peserta akan bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang tuntutan pemilikan intelek yang mungkin timbul terhadap mana-mana Karya Penyerahan. Peserta hendaklah menanggung rugi Syarikat dan mengekalkan kedudukan tanggungan rugi Syarikat sepenuhnya terhadap mana-mana dan kesemua tindakan, tuntutan, liabiliti, ganti rugi, kos dan belanja yang timbul dari atau berkaitan dengan penyerahan Peserta dan penyertaan itu sendiri, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana pelanggaran hak-hak pihak ketiga atau pelanggaran mana-mana undang-undang disebabkan dari penciptaan atau penyerahan karya tersebut.

Syarikat mempunyai hak dan pertimbangan mutlak untuk membatalkan, atau menyingkirkan pada bila-bila masa, sebahagian atau keseluruhan dari Laman Web Kempen, Karya Penyerahan yang melanggar Terma ini, atau yang disifatkan, pada pendapat tunggal dan mutlak Syarikat, mengandungi perlucahan, perkauman, tidak beretika, berbahaya, ganas atau bahan yang secara sah tidak menyenangkan atau bahan yang boleh melanggar hak-hak peribadi atau harta mana-mana orang. Selaras dengan Dasar Privasi Laman Web Kempen ini, anda disifatkan memahami dan setuju bahawa Syarikat akan memberikan, sebahagaian atau sepenuhnya Maklumat Diri anda, kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

PENYERAHAN MAKLUMAT

Dengan menekan butang “Hantar”, para Peserta menjamin bahawa semua maklumat dan data yang dimasukkan dalam bentuk penyerahan adalah 100% tepat dan tidak akan bertanggungjawabkan Kempen, Syarikat, kakitangan, atau anggota-anggota gabungan sekiranya terjadi kejadian yang malang atau kerosakan akibat daripada ketiadaan inventori atau kenyataan maklumat yang tidak tepat dalam borang penyerahan atau sebarang salah nyata yang terhasil dalam memprosesikan data diterima Kempen daripada Peserta.

PEMILIHAN KARYA PENYERAHAN DIHANTAR UNTUK DIGUNAKAN

Syarikat, penganjur Kempen dan anggota-anggota gabungan mempunyai hak dan pertimbangan mutlak dalam pemilihan dan cara penggunaan karya-karya dipilih untuk acara pameran. Keputusan pengurusan Syarikat dan Kempen adalah muktamad.

PENGATURAN LOGISTIK UNTUK KARYA PENYERAHAN YANG DIPILIH

Peserta juga bersetuju untuk menyediakan prosa bertulis, puisi, gambar-gambar, reka bentuk grafik, lukisan-lukisan, arca, pemasangan kerja seni, video, visual bergerak, dalam bentuk fizikal asal mereka, untuk digunakan rakan-rakan perkongsian pengurusan Kempen dan anggota-anggota gabungan, di pameran dalam tempoh masa penghantaran yang ditetapkan oleh pengurusan Kempen. Pengurusan Kempen boleh mengekalkan pemilikan Karya Penyerahan itu selama-lamanya.

Peserta hendaklah menanggung kos yang berkaitan untuk mengirim atau menghantar Karya Penyerahan asal kepada pejabat (pejabat-pejabat) rakan-rakan perkongsian pengurusan Kempen sebelum acara pameran untuk tujuan pameran dan pemungutan Karya Penyerahan mereka daripada pejabat (pejabat-pejabat) rakan-rakan perkongsian pengurusan Kempen’ selepas acara.

Peserta bersetuju untuk menanggung rugi dan tidak mempertanggungjawabkan Syarikat, kakitangan dan rakan-rakan perkongsian pengurusan Kempen dan atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang terjadi kepada Karya Penyerahan semasa penghantaran, pengendalian dan pameran dan penyimpanan.

Klik sini untuk cerita yang lebih inspirasi.

Langgani senarai mel kami untuk menerima
berita dan perkembangan terbaru!

 

             

The Best of You