Vineetha | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Vineetha Malaysia


Saya boleh bertutur bahasa Mandarin, Tamil, Melayu dan Jepun.

Nama saya Vineetha. Saya berumur 14 tahun dan saya gemar belajar bahasa.

Saya mula belajar bahasa Mandarin semasa di tadika sejak ibu saya mendaftarkan saya ke sekolah Cina. Sebagai seorang jururawat, ibu saya fasih bertutur dalam pelbagai bahasa. Saya pernah melihat bagaimana beliau boleh bertutur bahasa dari Tamil ke Kantonis, Melayu dan Mandarin pada bila-bila masa sahaja. Ia amat mengagumkan! Saya juga ingin menjadi sepertinya.

Apabila saya berbual dalam bahasa lain, saya dapat bergaul bersama kawan-kawan dari pelbagai bangsa dan belajar tentang budaya mereka. Saya juga dapat berinteraksi dengan mereka dalam bahasa ibunda mereka. Di rumah, saya juga bertutur dalam bahasa Mandarin dengan adik-adik saya! Ia adalah bahasa rahsia kami.

Saya rasa ini bukanlah suatu perkara yang aneh. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya, mengapa seorang perempuan India minat mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibundanya. Ia sebenarnya tidak mudah, saya mengambil masa selama enam tahun untuk mempelajari bahasa Mandarin. Saya berasa sedih apabila kawan-kawan saya kurang yakin dengan kebolehan saya berbicara dalam bahasa Mandarin; mereka akan tetap membalas saya dalam bahasa Melayu walaupun saya memulakan perbualan dalam bahasa Mandarin.

Saya berharap lebih ramai orang akan membuka minda mereka seperti saya. Mungkin satu hari nanti, saya akan dapat melihat orang ramai memakai pakaian tradisional budaya lain pada Hari Malaysia.





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You