Wan | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Wan Malaysia


Demi kebebasan, saya telah memotong kaki kanan saya.

Kebanyakan orang tidak akan mengingati kali pertama mereka berlari atau melompat. Bagi saya, detik-detik kebebasan hanya dapat dirasai semasa saya berumur 21 tahun. Pada masa itu, saya tidak perlu lagi bergantung kepada tongkat dan berjalan tanpa berasa sakit. Itulah saat saya berasa bebas seperti burung yang terbang di awangan.

Sejak kecil lagi, kaki kanan saya akan bengkak apabila diberi tekanan. Kesakitan yang dirasai seolah-seolah sebuah bom yang akan meledak pada bila-bila masa. Oleh itu, saya tidak dapat keluar bermain. Saya hanya boleh melihat adik-beradik saya bermain dengan riang dari jauh.

Semasa saya berumur 21 tahun, saya telah berputus untuk mengubah keadaan saya. Semua rakan sebaya saya telah mula mengejar impian masing-masing di Kuala Lumpur atau bandar yang lain. Tetapi, saya masih lagi berada di sini, tinggal bersama ibu bapa.  Saya menginginkan kehidupan seperti orang lain.. Dengan adanya kaki palsu, akhirnya saya dapat berlari, bermain dan melompat! Akhirnya saya rasa seperti orang biasa!

Sudah tentunya, ada yang memandang saya dengan pelik. Saya masih ingat lagi semasa saya memakai seluar pendek buat kali pertama. Seorang kawan karib berkata, “Jangan peduli tentang pandangan orang lain. Pakai sajalah seluar pendek dan pergi sajalah ke mana yang saya suka! Jadilah diri anda sendiri!”

Sejak itu, saya telah menempuh banyak cabaran. Saya telah mencuba aksi flying fox, berenang,dan tarian zumba. Kehidupan ini tiada hadnya. Cabaran saya seterusnya adalah paragliding! Tiada apa yang boleh menghalang saya daripada ingin menempuh cabaran baru.

Kini, apabila orang lain memandang ke arah kaki palsu saya, saya biarkan sahaja. Kenapa mereka tidak boleh menerima saya seperti orang biasa?





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik sini untuk cerita yang lebih inspirasi.

The Best of You