Terma & Syarat Laman Web | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Terma & Syarat Laman Web

Terma & Syarat Penggunaan Laman Web Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd.

Akses dan penggunaan lelaman-lelaman web Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., www.whoisshewhoisshe.com dan www.the-best-of-you.com (istilah “Laman Web” merujuk kepada kedua-dua laman web yang tertera di sini), fungsi dan sumber-sumber maklumat (istilah “Sumber” merujuk kepada sumber-sumber maklumat di laman web ini), yang terdapat di Laman Web ini, tertakluk kepada terma & syarat berikut. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk mematuhi segala Terma & Syarat Pengunaan, yang boleh dipermasakinikan oleh kami tanpa notis pendahuluan. Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah Terma & Syarat Pengunaan bersesuaian dengan keadaan masa ke semasa. 

Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. menasihatkan anda supaya sering merujuk laman ini untuk mendapatkan maklumat terbaru dan perubahan yang dibuat kepada Terma & Syarat Pengunaan.

AKSES LAMAN WEB

Akses Laman Web ini dibenarkan buat masa yang terhad sahaja, dan Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. berhak untuk menarik balik atau mengubah Perkhidmatan ini tanpa memberi notis. Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., kakitangan, pengurusan, pemegang lesen, pemegang saham, dan sekutu tidak akan pada bila-bila masa bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, sekiranya Laman Web ini tidak boleh di kunjungi atau tidak berfungsi. Akses kepada keseluruahan atau sebahagian Laman Web ini mungkin disekat pada bila bila masa diatas budibicara tersendiri dan tanpa notis sebelum dibuat demikian.

Kesemua data yang diterbitkan di Laman Web ini atas dasar “seperti mana yang ada” dan “sedia ada”. Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. berhak sepenuhnya untuk menyekat, membuat perubahan dan menambah data tanpa notis sebelum berbuat demikian.

Laman Web ini mungkin mengandungi pautan kepada laman web di luar Laman Web ini yang dikendalikan oleh pihak ketiga (dirujuk sebagai Laman Web Berpaut), yang tidak dikendalikan oleh Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. tidak berkuat kuasa dan tidak berkewajipan ke atas Laman Web Berpaut itu dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadinya kerugian dan kerosakan akibat penggunaan Laman Web Berpaut. Penggunaan Laman Web Berpaut itu adalah risiko anda sendiri dan tertakluk kepada terma penggunaan dan perkhidmatan laman web berpaut itu tersendiri.

PENGGUNAAN LAMAN WEB

Anda tidak dibenarkan menyalah gunakan Laman Web ini.
Anda tidak boleh melakukan atau menggalakkan kesalahan jenayah: menghantar atau mengedarkan apa-apa bahan yang tidak wajar dan tidak elok, teknologi yang berbahaya, pecah kepercayaan atau bahan-bahan menyenyinggungkan atau lucah; menggodam aspek Perkhidmatan; data yang merosakkan; menyebabkan kegusaran kepada orang lain; melanggar hak milik orang lain; atau cuba untuk menjejas prestasi atau fungsi mana-mana kemudahan komputer atau diakses menerusi Laman Web ini.
Apa-apa pelanggaran peruntukan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer 1998. Kami akan mengambil tindakan untuk melaporkan sebarang pelanggaran tersebut kepada pihak penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dan mendedahkan identiti anda kepada mereka.

Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh serangan penafian-perkhidmatan yang teredar, virus atau bahan teknologi berbahaya yang boleh menjangkiti peralatan komputer anda, program komputer, data atau bahan proprietari yang lain kerana penggunaan Laman Web ini atau memuat turun sebarang bahan.
Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., kakitangan, pengurusan, pemegang lesen, pemegang saham dan sekutu tidak akan bertanggungjwab ke atas apa-apa kejadian yang malang yang terjadi kerana penggunaan Laman Web ini.

KOMUNIKASI SECARA ELECTRONIK

Apabila anda melawat Laman Web ini, mengemukakan kandungan di Laman Web ini (pendaftaran Senarai Mel, Borang Penyerahan Penyertaan Pameran “Terbaik Dalam Diri Anda”) atau menghantarkan e-mel kepada Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., anda berkomunikasi dengan Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. secara elektronik.

Kami boleh menghantar maklum balas kepada anda melalui e-mel atau dengan menyiarkan notis / maklum balas di Laman Web. Anda bersetuju bahawa kesemua notis, pendedahan dan komunikasi-komunikasi lain yang diadakan oleh Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. untuk anda secara elektronik memenuhi apa-apa kehendak undang-undang yang komunikasi tersebut dibuat secara bertulis

PEMILIKAN INTELEK, SOFWARE DAN KANDUNGAN

Hak pemilikan intelek semua software dan kandungan yang disediakan kepada anda pada atau melalui Laman Web ini adalah milik Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Pergerakan “Terbaik Dalam Diri Anda” dan pemegang lesennya dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan perjanjian di seluruh dunia. Semua hak tersebut adalah terpelihara oleh Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. dan pemberi lesennya.
Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. tidak akan menuntut untuk memiliki hak untuk imej-imej, tanda dagangan dan harta intelek pemegang lesen kami dan pihak ketiga masing-masing yang dipaparkan di Laman Web ini. Semua hak imej-imej, tanda dagangan dan harta intelek milik pemilik masing-masing dan tidak dimiliki Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd.

Anda tidak dibenarkan untuk menyimpan, mencetak dan memaparkan kandungan yang disediakan semata-mata untuk kegunaan peribadi anda. Anda tidak boleh menyiarkan, memanipulasi, mengedar atau mengeluarkan semula, dalam apa-apa format, mana-mana kandungan atau salinan kandungan yang dibekalkan kepada anda atau yang didapati di Laman Web ini, dan anda juga tidak boleh menggunakan mana-mana kandungan itu berkaitan dengan mana-mana perniagaan atau perusahaan komersial.

Anda dilarang mengubahsuai, menterjemah, menterbalikkan kejuruteraan, menukar penyusunan, membongkar atau mewujudkan karya terbitan berasaskan mana-mana software atau dokumentasi yang dibekalkan oleh Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. atau pemegang lesennya.
Tanda Dagangan Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Julie’s Biscuits and “Terbaik Dalam Diri Anda” dan reka bentuk Laman Web adalah tanda dagangan berdaftar Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Lesen atau keizinan tidak akan diberikan kepada anda untuk menggunakan tanda-tanda tersebut dalam apa jua cara, dan anda bersetuju untuk tidak menggunakan tanda atau apa-apa tanda yang mempunyai mirip warna yang sama tanpa kebenaran bertulis dari Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd.

Apa-apa pelanggaran hak harta intelek mana-mana pihak di laman web ini akan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan apabila diketahui.

KEGUNAAN PAUTAN KE LAMAN WEB www.the-best-of-you.com

Melainkan kelulusan bertulis dengan jelas diperolehi daripada Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., mana-mana laman web yang berpaut ke Laman Web ini:
1. Boleh dipautkan, tanpa mengreplikasikan mana-mana bahan-bahan yang dilindungi hak cipta
2. Tidak menyarakan bahawa Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., pemegang lesennya, Biskut Julie atau “Terbaik Dalam Diri Anda” menyokong laman web tersebut atau mana-mana produk, sumber, atau kandungan yang terdapat melalui laman web btersebut jika tiada catatan itu wujud;
3. Tidak menggambarkanan perkaitan yang tidak benar dengan Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., pemegang lesennya, Biskut Julie’s dan “Terbaik Dalam Diri Anda”
4. Tidak menerbitkan atau mempautkan kepada apa-apa informasi palsu dan mengelirukan tentang Perfect Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., produk yang dikeluarkan, sumber-sumber atau pergerakan “Terbaik Dalam Diri Anda”
5. Tidak mengandungi kandungan yang boleh ditafsirkan sebagai tidak sesuai, tidak digemari, menyakitkan hati, atau kontroversi
Kami berhak untuk membatalkan dan menarik balik kebenaran pautan tanpa notis.

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Terma dan syarat penggunaan dan segala urus niaga di Laman Web ini dikawal oleh dan seharusnya ditafsir menurut undang-undang Singapura dan Malaysia. Mana-mana aspek yang tidak dilindungi oleh Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada Singapura dan undang-undang Malaysia.

FASAL KESELAMATAN

Jika mana-mana Terma dan Syarat ini dijadikan tidak sah atau tidak sah, Terma dan Syarat lain akan diperkuatkuasa.

Klik sini untuk cerita yang lebih inspirasi.

Langgani senarai mel kami untuk menerima
berita dan perkembangan terbaru!

 

             

The Best of You