Zyn | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Zyn Singapura


Saya berumur 17 tahun dan saya mempunyai misi untuk menjadikan Changi Airport bebas-straw.

Pada umur tujuh belas tahun, dunia anda hanyalah sekolah, keluarga dan teman-teman. Tetapi bagi saya, saya berharap untuk melakukan lebih dari itu.

Saya mempunyai misi untuk menjadikan Changi Airport bebas-straw.

Cita-cita saya amat tinggi kan? Dengan jumlah pelancong yang tinggi di Changi Airport, ia merupakan satu-satunya tempat yang terbaik untuk melaksanakan misi saya. Saya juga telah menghubungi pelbagai restoran makanan segera, kafe dan juga sekolah rendah untuk menyebarkan misi ini.

Perjuangan ini amat sukar dan saya seringkali tidak dipedulikan dan ditolak bulat-bulat. Saya juga perlu pandai mengimbangi misi saya ini dengan pelajaran saya.

Tetapi saya tidak akan berputus asa. Saya akan tetap mengusahakan misi ini kerana ia merupakan sesuatu yang saya percaya dengan tulus.

Nama saya Zyn dan saya mempunyai misi untuk menjadikan Changi Airport bebas-straw.

Ini adalah titik tolak saya untuk memelihara alam sekitar kita demi generasi yang akan datang. Tetapi saya tidak boleh melakukannya berseorangan.

Sudikah anda turut menyertai perjuangan ini bersama saya?





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You