Amin Hadarih

Kisah Fatimah,Siew Ling dan Kamala.

Dilahirkan di Pekan Pahang. Anak bongsu dari 7 adik beradik, dia mendapat pendidikan awal di sekolah menengah Paloh Hinai, Pekan. Kemudian, beliau menyambungkan pelajaran dalam bidang seni halus di Universiti Teknologi Mara cawangan Lendu Melaka dalam jurusan Seni Halus. Selepas menamatkan diploma, beliau menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang senibina landskap di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Selangor.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Junior Arkitek Landskap di syarikat swasta di Shah Alam selama 2 tahun dan kini menjadi pengajar dalam rekabentuk dan komputer di Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka. Di samping itu, beliau sangat aktif dalam bidang seni yang diminatinya sejak kecil lagi terutama dalam lukisan dinding. Dalam tema lukisan dinding , beliau memberi tumpuan kepada alam semulajadi dan keindahan budaya Malaysia sebagai rekabentuk dalam lukisan. Elemen alam semulajadi dan keindahan budaya Malaysia dipilih sebagai bahan rekabentuk, untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kita harus menjaganya dan mengekalkan perpaduan untuk kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Beliau juga terlibat dalam menghasilkan karya lukisan dinding di seluruh Malaysia dan mengikuti pertandingan lukisan mural serta memenangi beberapa kategori. Antaranya, kemenangannya termasuk Anugerah Utama lukisan mural 3D laman seni Shah alam(2014), Anugerah Utama laman seni Rompin(2015), Juara lukisan grafiti patriotik Malaysia(2018), dan Naib juara lukisan mural Im4u (2017).
Beberapa karya lukisan muralnya juga boleh dilihat di Marang Terengganu, Iskandar Puteri Johor, Laman seni Shah Alam, Kampung Bharu Kuala Lumpur, laman seni Rompin, Mahkota Parade Melaka, Pampas Skygarden Melaka, dan Taman Tasik Cyberjaya. Pencapaian terbarunya adalah lukisan mural beliau yang dijadikan sebagai penghias dinding di bangunan Julie’s Malaysia.

======================================================================================================

Tajuk: Kisah Fatimah,Siew Ling dan Kamala

Fatimah, Siew Ling dan Kamala merupakan sahabat karib yang tinggal di bumi MALAYSIA, mereka sangat mesra dan bertolerasi antara satu sama lain. Walaupun mereka berbeza dari segi agama dan budaya, ia bukan penghalang bagi mereka untuk membuktikan bahawa hormat menghormati antara satu sama lain adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kini, anak-anak mereka mencontohi ibu mereka. Bak kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, anak-anaknya juga mengekalkan sifat perpaduan sesama ibu mereka.

Amin Hadarih