Azri Abu Bakar

Pesanan emak hidup biar berjasa tidak kira bangsa, agama dan warna kulit.

Memang menjadi kebiasaan keluarga kami akan mengadakan kenduri tahlil sempena menyambut bulan puasa yang akan datang pada 6.6.16. Jadi abah dan emak saling berpesan kepada anak - anak mereka agar jangan lupa untuk mengadakan kenduri tahlil di rumah mak dan abah di selayang baru jalan 35, berdekatan dengan stadium selayang. Abah yang tinggal bersama kakak sejak emak pulang kerahmatullah pada 17.9.2014. Hampir dua tahun yang lalu. Pesan emak buat lah kenduri untuk menyambut ramadan al-mubarak. Jadi pada hari ini Sabtu bersamaan 27.5.16 kami telah menunaikan hasrat emak dengan mengadakan kenduri ini. Ramai lah yang dijemput saudara mara bagi mengeratkan silaturahim. Agak sekian lama tidak berjumpa. Jemaah surau yang dijemput pun memulakan bacaan doa selamat dan yassin untuk Arwah Mak Hjh Kalthum bt hj. Hussain dan arwah - arwah yang lain turut disebut dalam senarai imam Hj Latiff pada jam 9:00 malam. Bertepatan dengan cuti sekolah memang telah dijangkakan. Persediaan makanan dan minuman telah disediakan oleh kakak sepupu Hjh Arnida dan Zainiah.Anak - anak mereka turut membantu dalam menjayakan kenduri ini. Kami telah lama juga menyambut Ramadan al-mubarak dengan bacaan tahlil dan yassin sejak kecil. Pesanan emak memang tidak kami lupakan. Emak banyak mengajar erti kehidupan di samping abah Hj Abu Bakar sebagai pendorong kami. Tanpa emak siapalah kami. Emak memang berasal dari keluarga yang susah.Walaupun profesion dia adalah Jururawat Tingkatan Khas namun sebagai seorang insan bergelar emak.
Sikap dan tauladan yang di tinggalkan memang banyak memberi kesan yang positif. Emak adalah seorang yang berjimat-cermat. Duit gaji nya di masukkan ke dalam simpanan Tabung Haji. Sebagai persediaan untuk tunaikan haji. Berkat usaha emak yang rajin dan ikhlas beliau di tawarkan untuk bekerja dengan Pasukan Kem. Kesihatan di Jeddah dan Madinah pada tahun 1977. Pada masa tu saya berada di tingkatan 2. Tinggal di Asrama Dr Latif Jln Gurney KL. Berita gembira ini membuatkan saya sedih. Kerana akan berpisah dengan emak selama 3bulan.
Perpisahan mengajar saya jadi lebih dewasa. Pelajaran saya tidak di abaikan. Masa pantas berlalu pejam celik emak telah selesai menjalani ibadah haji nya yang pertama. Tahun 1977 emak bergelar Puan Hjh Kalthum bt. Hj Hussain.Sifat menabung emak membuatkan saya berfikir sejenak.Apakata kalau aku pun menabung.Menabung sikit-sikit,lama-lama jadi bukit. Tahun berganti tahun umur aku makin meningkat. Apa yang aku risaukan aku belum menunaikan ibadah Haji ,rukun Islam yang ke 5. Isteriku Jalilah abd ghani pun ada memberitahu ku.Kita mesti mendaftar di Tabung Haji. In sya allah kalau ada rezeki dengan berkat doa abah dan emak akan berhasil juga. Sekarang kuota untuk menunaikan haji semakin ketat. Jadi sebagai persediaan dari apa yang arwah emak pernah pesan simpan lah duit walaupun sikit in sya allah akan berhasil. Dengan pesanan arwah emak telah membuat saya menjadi lebih yakin dalam menempuh hidup yang amat singkat ini. Pesanan emak hidup biar berjasa tidak kira bangsa,agama dan warns kulit. Berbakti tidak kira masa.Jangan pandang manusia pada rupa dan kulit. Bersedekah lah walau pun sedikit. Terngiang-ngiang dan senyuman mak di pikiran saya. Kerana emak adalah sumber inspirasi ku. Walaupin emak telah tiada saya dan adik beradik kerap menziarah pusara emak di Selayang Baru dengan membersihkan dan menyiram nya. Se olah - olah emak masih ada bersama kami. Doa emak dari kami dan bacaan yassin memang kami hadiahkan setiap kali ke pusara emak. Akhirkata emak adalah sumber ilhamku. Amiinn. Yarabal alamin.
Azri Abu Bakar