Fad Hikmah

Wanita gemuk yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Tujuan saya menulis kisah hidup saya disini untuk inspire kepada sesiapa yg merasakan kekurangan self esteem pd diri. Saya memiliki tubuh badan yang besar sejak dari kecil lagi. Ibu kata badan saya start naik sejak saya berumur 12 tahun dan pada tingkatan 5 berat saya mencecah 95kg. Walaupun begitu di alam persekolahan saya memang aktif menjadi pengawas sekolah dan pengawas koperasi sekolah.
Sejak dari sekolah menengah saya aktif dalam persatuan,kokurukulum, seperti (story telling, poem recite, pidato, forum, sajak, chores speaking & teater (english)) (lontar peluru, renjam lembing, tarik tali, badminton). Saya juga memenangi emas dalam rejam lembing di smk kem terendak walaupun saya hanya berlatih dalam 2 jam shj. Pada tahun 2004, saya memenangi penforum terbaik negeri melaka.

Saya ingin jelaskan bahawa menjadi seorg yang berbadan besar bukan penghalang utk kita aktif bersukan dan berani menyuarakan pendapat kita! Semasa saya di politeknik saya menyertai pertandingan badminton, tennis dan juga pertandingan welding arka dan gas. Di mana saya seorg shj perempuan menyertai pertandingan welding ini. Di dalam pertandingan badminton, classmate sy x percaya sy mampu bermain dgn baik. Saya bermain bergu wanita smp ke semi final tapi tidak dapat ke final sbb team laki kalah. Di akhir game itu sy berlawan dgn lecturer kami. Akhirnya sy mampu membuka mata mereka bahawa gemuk atau kurus bukan penghalang yang penting ialah skills.

Untuk melengkapkan diploma mekanikal saya perlu menjalani latihan industri. Saya mehlalahi praktikal di bengkel kereta. Iya di BENGKEL KERETA selama 6 bulan dan sy extend 2 minggu untuk belajar welding. Gelaran saya di bengkel ialah 'Minah' (org bengkel bagi nama) sesiapa yg datang mesti terkejut dan hairan soalan yg sama selalu ditanya kpd saya ialah "minah, awak formen ker?". Saya hanya senyum dan berkata 'YA". Selama 6 bulan disana sy belajar ttg; minor & major service, overhaul, cuci part, breakdown juga. Walaupun saya masuk praktikal bersama pelajar lelaki tapi tak smp sebulan pelajar laki itu berhenti dgn bermacam2 alasan. Berkerja di bengkel mmg memerlukan ketahanan mental yang kuat dan tahan kene maki dan skills walaupun kamu ialah laki tau perempuan.

Saya belajar di UTP perak selama 3 tahun. Selama di sana saya semakin berkeyakinan tinggi kerana semua org, student, lecturer, memberi positive influence kepada saya. Pendapat/idea saya didengari dalam kumpulan dan saya boleh melakukan apa shj sekiranya kita BERUSAHA. Pada tahun 2012 team saya memenangi Gold Award dalam Engineering Team Project (ETP) of Science and Engineering Design Exhibition Univesity Teknologi PETRONAS. Dlm ETP group hanya saya memiliki badan yg besar tp itu bukan penghalang saya utk menunjukan hands on dan idea saya kepada mereka.

KENAPA SAYA MAMPU?
1. HIDUP INI SEKALI DAN SAYA MAHU MELAKUKAN SEMUA BENDA!
2. GEMBIRAKAN HATI KITA DAHULU BARU ORANG LAIN
3. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF & JANGAN CEPAT MENGALAH!

KEPADA SESIAPA YANG PANDANG RENDAH PADA SAYA, ENERGY ITU SAYA AKAN CONVERT KEPADA BOOSTER ENERGY KEPADA DIRI SAYA! TERIMA KASIH.

Fad Hikmah