Faizah Aziz

Kerana dia, saya kuat mengahdapi cabaran.

Saya seorang yang periang, ramai kawan, dan aktif bersukan dari sekolah rendah hingga menengah. Hidup saya berubah sedikit demi sedikit. Masa sekolah saya selalu sakit kepala. Lepas tamat sekolah sakit kepala saya menjadi-jadi sampai tarik rambut. Saya ingatkan maigrain so it's not a big deal. Umur saya 18 saya dah masuk universiti. Ambil diploma music in piano. Masa saya di sem 4 saya dah tidak boleh tekan key piano belah kanan tp saya tetap bersukan. masa saya sem 5 saya dah tidak boleh lari. Sehinggalah saya habis diploma bermulahlah kisah hidup saya yang paling mencabar. saya sakit kepala sampai muntah. Masa convocation diploma orang ingat saya cacat sebab tak boleh jalan. Mama dan abah saya marah kenapa tak jalan betul-betul. Sepatutnya hari convocation hari yang paling seronok tapi hari yang paling menyedihkan untuk saya sebab orang ingat saya cacat. Setahun saya duduk kat rumah sementara nak tunggu panggilan degree. Setahun itu lah mama saya melihat perubahan diri saya..senyum senget, bahu senget, badan tak seimbang, makan bersepah, dan banyak lagi lah dan abah saya bawak jumpa doctor dan saya disahkan BRAIN TUMOR stage 2. Gelap hidup. Sekarang dah 6 tahun sejak operate. Alhamdulillah walaupun tangan dan kaki kanan saya minor strok dan nampak double vision tp Allah berikan saya kehidupan yang ke 2. Dah habis degree dan dah kerja sekarang. Tapi saya da tak macam dulu lagi. Semuanya terbatas dan nak lari pon tak boleh tapi saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah bagi saya udara untuk bernafas. Ingatlah Allah adalah sebaik-baik perancang. Ada hikmahnya dan kita kena cari sendiriterima kasih kepada orang yang memberi semangat dan orang yang paling penting ialah mama saya kerana dia, saya terus hidup sehingga sekarang dan kerana dia, saya kuat menghadapi cabaran.
Faizah Aziz