Ibu Nur

Bersyukurlah selalu.

Nur....
Nur ibu kepada 6 orang anak pada umur tak sampai pun 30 tahun. Alhamdulillah..
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak anak. Dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. Begitu juga Nur.. Segala yang dipilih pasti cuba sehabis yang terbaik. Termasuklah dengan apa yg Nur buat sekarang, Bercuti Tanpa Gaji untuk menjaga anak. Baru Nur tahu erti menjadi ibu sepenuh masa di rumah. Setiap hari melayan pelbagai kerenah, pelbagai sikap & pelbagai rajuk. Masa bekerja dulu,masa untuk anak sangat sangat limit. Balik keje dah malam, makan makan & terus tidur. Tapi kini, Nur mampu untuk bersama, mengahadap mereka 24 jam. Memang benar, perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Kalau tidak, tak mungkin mampu bertahan sehingga hampir 3 tahun sudah. Alhamdulillah, masalaha pembelajaran yg dihadapi anak2 juga dapat diatasi... Sekarang, sambil jaga anak, sambil bisness juga. Yang bestnya, semua dapat manage sepenuh masa sambil anak2 depan mata. Satu yg Nur nak pesan,setiap apa yg kita korbankan demi anak2, pasti akan Allah balas sebaiknya. Yakinlah.. Ganjaran Allah pasti ada... Bersyukurlah selalu.... (^_^)
Ibu Nur