Mohammad Zulfadhli Bin Khiruddin

Aku datang niat untuk membantu, akan tetapi aku yang dibantu.

.
"Syeikh, kita dh dpt kebenaran utk masuk ke bumi bergolak, pack barang anta dan standby. Tlg make sure buat persiapan yang secukupnya" - Msg ringkas dari ketua Misi Rescue Syria, Bro Sani Araby. dimulakan dengan perbincangan akhirnya diri ini menjejakkan kaki ke bumi Syam. Dengan kelengkapan "senjata" aku melangkah, kerjaya dan profesyen sebagai videographer aku galas utk melaksanakan tugas berat ini. Kami bertiga belas dianggotai delegasi MAPIM, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Kumpulan Nasyid HIJJAZ dan Ali XPDC mengorak langkah dgn objektif untuk menyalurkan bantuan dari Rakyat Malaysia utk Rakyat Syria. Kami berjumpa dengan seorang perempuan yang bernama Maryam. Pada suatu masa, dia sedang melihat satu video di telefonnya. Kami menyantuninya dan bertanya " video apa yg kamu lihat ini wahai Maryam " . Lalu dijawab dengan penuh rasa redha. " ini video yang diambil ketika bom dijatuhkan ke kawasan rumah kami xlama dahulu. Didalam video ini ada rakaman suamiku yang telah hancur terkena bom. Ketika aku rindukan suamiku, ini sahaja pengubat untukku." MashaAllah masakan dapat kita sebagai seorang isteri yang sangat merindukan suaminya yang sudah tiada, sanggup melihat dan menyimpan video suaminya yg sudah hancur itu. Menunjukkan betapa tabahnya hati dan jiwa seoranf wanita! Ini salah satu contoh senario yang berada di Negara bergolak Syria. Pelbagai lagi pengalaman yang kami hadapi. Pengalaman disana bukan sekadar untuk membantu mereka, tapi utk mengajar diri kami, apa itu erti Syukur. Apa itu erti kedamaian. Apa itu erti redha dgn apa yg kita ada. Kami semua meninggalkan Syria dengan suatu azam, utk kembali membantu mereka. Kerana kami tahu, disudut paling dalam hati kami, kami kesana kerana merekalah yang membantu dan mengajar kami, tentang erti bersyukur.
Mohammad Zulfadhli Bin Khiruddin