Nur Syuhada Abu Bakar

Aku dinasihat “Cabarlah diri. Berani bertindak dan teruskan niat!”

Wajah kegembiraan adalah sinar kebahgiaan milik setiap insan. Segala kedukaan yang terpalit kerna memori silam bagaikan terpadam selamanya. Ingin rasanya tetap waktu dimasa itu. Terpamer senyuman bahgia meniti bibir. Laksana dunia ini hanya miliknya. Wahai pujangga dunia, bangkitnya diri kerna rasa cinta pada diri telah kembali. Syukur tidak lekang meniti di mulut kini. Pencipta menunjukkan keagungannya. Betapa besar kurniannya membuat kaki bertatih walau lelah bertandang, kian menekan namun tetap bertahan melawan arus gelombang. Ini dinamakan kehidupan. Bagaimana manusia itu bisa ketawa pabila kesedihan? Tika bahgia ia bercucuran air mata. Kuasa Yang Maha Esa bukan? Cuba selami kisah si kecil yang tidak mengenal erti kasih sayang. Apa yang telah dilaluinya? Siapa yang bersamanya? Titik persoalan menerjah pikiran. Persoalannya ringkas sahaja namun mengandungi pelbagai kisah. Mangsa perkotak katik manusia, mangsa belenggu jiwa manusia. Siapa? Si kecil itu yang kini telah dewasa. Sedang menikmati kebahgiaan yang tidak dikenali dulu. Cereka ini sebagai permulaannya sahaja. Menarik minat untuk mengenali siapa si kecil dikalangan manusia pemangsa itu dulu. Kisah begini sepertinya sudah biasa ditonton dan didengar bak drama televisyen. Namun ada sesuatu yang berbeza dari sinopsisnya. Siapa yang bisa mengerti jika sendiri tidak melaluinya. Tentu sahaja sinis bunyinya. Bukan dirinya sahaja yang berduka. Benar itu pasti dihamburkan sesetengah manusia. Selami dan amati bait-bait inci kehidupannya. Pasti banyak pedoman yang akan diperolehi nanti. Ruang dan peluang yang tiba-tiba muncul jarang berlaku. Mungkin ini titik permulaan yang Allah kurniakan. Yakin segalanya adalah perancangan yang terbaik adalah dariNYA. Minat menulis serta berkongsi kisah hidup sudah lama terpendam. Pernah suatu ketika berbalas emel dengan penulis novel "Rose Harissa" pengarang dari Alaf 21 tentang keinginan berkongsi kisah hidup dalam bait-bait novel tulisannya. Nasihat pengarang agar diri sendiri menerokai jalan ceritanya. Katanya cuba realisasikan impian menulis dengan mencabar diri sendiri. Berani bertindak dan teruskan niat. Ketika itu belum mengerti apa yang cuba diterjemahkan. Hampir 10 tahun memendam angan dan biarkan berlalu bersama waktu. Berbekalkan doa serta keinginan yang telah lama terbuku, Allah mengizinkan permulaan ini. Doa agar dipermudahkan segalanya. Kebaikan akan datang jika kita tahu memberi yang terbaik.
Nur Syuhada Abu Bakar