Tulang Kata

There is no right or wrong, life is only a song.

Saya Taufiq. Nama pena saya Tulangkata. Saya berumur 22 tahun. Hidupku cantik tapi segalanya mula berubah ketika aku 16 tahun, aku dibuang sekolah. Ketika 17 tahun pula, saya telah merosakkan rekod sebuah sekolah kluster dengan keputusan SPM yang begitu teruk. Setahun berikutnya, saya ditangkap polis atas beberapa faktor tak jelas pula. Ketika itu, pertama kali melihat air mata ibu jatuh & bikin saya depresi. Ketika saya 20 tahun pula, ekonomi keluarga saya jatuh pada tahun yang sama saya disyaki menghidap penyakit mental. Saya jadi benci diri sendiri. Bipolar. Saya salahkan tuhan. Saya derhaka & sering bikin masalah. Saya tak punya semangat sehingga pada satu hari ibu menepuk bahuku dan berkata "Maafkan ibu. Ibu sudah buat yang terbaik untuk besarkan kamu, Taufiq. Mungkin dah tiba masa kamu pilih jalan kamu. Dengan seni, kamu punya jalan keluar dari sesuatu. Kreativiti penting dalam proses menerima takdir tuhan terhadap kita"

Syukur. Sekarang saya seorang penulis. Saya juga mahir menulis lagu. Buku pertama telah terbit ketika saya berumur 19 tahun & buku kedua setahun berikutnya menjadikan saya antara penulis puisi termuda di Malaysia saat itu. Karya tulisan sebagai refleksi hidup, cara saya meraikan ketentuan tuhan. Ah, kalaulah saya marah terus pada tuhan dan tidak mahu menerima takdir-takdir berat dalam hidup saya, mungkin sekarang saya tak mampu menjadi sejarah seperti hari ini.

"There is no right or wrong, life is only a song" kata ibu sambil melipat baju.
Aku diajar tahu diri, percaya diri, selalu memperbaiki hubungan dengan tuhan & punya keinginan berjuang, inilah yang diajar ibu kepada jiwa saya.

Ibu, terima kasih.
Yes, we always have the chance to comeback.
Abang sayang ibu.
Tulang Kata