Phoung Hoang

Semua pengalaman ini banyak membantu saya.

Hai. Saya Hoang Thi Phuong. Saya datang dari Vietnam. Tujuan saya datang ke Malaysia adalah untuk mencari wang untuk keluarga di kampung. Saya mula bekerja di kilang Julies pada tahun 2006 sehingga kini.

Selama 7 tahun bekerja di sini, banyak pengalaman yang saya perolehi disini seperti budaya, bahasa, makanan dan cara hidup masyarakat disini.Sebelum ini, saya langsung tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Tapi setelah banyak berkawan dengan orang Melayu, saya semakin pandai membaca dan menulis dalam bahasa melayu.

Tahun pertama saya datang sini, papa dan mama sangat risau sama ada saya boleh menyesuaikan diri disini atau tidak Tapi diikilang ini juga banyak benda yang dapat saya pelajari. Masa mula-mula saya datang sini, saya bermula dengan bekerja sebagai pekerja biasa. Dari situ saya belajar mengenali pelbagai biskut yang dihasilkan Julies, pelbagai pack size untuk pelbagai jenis biskut dan mengenali jenis-jenis order dalam kilang ini.

Semua pengalaman ini banyak membantu saya untuk meningkatkan diri saya. Kemudian saya dinaikkan pangkat menjadi leader dan sekarang saya telah memegang jawatan sebagai assistant supervisor di kilang ini. Banyak pengalaman suka dan duka yang saya dapat dari kilang ini. Terutamanya kawan-kawan disini yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti cina, India dan melayu. Semuanya melayan saya seperti keluarga mereka.

Banyak juga makanan Malaysia yang saya gemari seperti rendang ayam, nasi tomato dan tomyam.

Apa yang saya dapat dari mula saya datang bekerja di kilang ini sehingga sekarang, bermula apabila saya cuba beri yang terbaik untuk diri saya sendiri. Anda bagaimana?
Phoung Hoang