Hafiz | The Best of You
MENU
APAKAH
YANG TERBAIK
DALAM DIRI ANDA?
MENU

Hafiz Malaysia


Dibuli dan patah semangat. Tetapi aku masih berdiri teguh.

Aku dikelilingi ramai, namun aku tetap diselubungi kesepian.

Kenangan pahit pada masa silam sentiasa menghantui diriku. Aku dibuli dan dipukul tanpa secebis belas kasihan hanya kerana berat badanku yang berlebihan. Aku menjadi bahan ketawa dan sering diperlekehkan. Berseorangan, aku tidak berdaya melawan kejahatan yang menimpa diriku. Aku hilang semua semangat.

Dalam sekelip mata, aku dicabar lagi. Aku berasa seakan aku hanyut di dalam lohong hitam yang tiada akhirnya. Aku menghulurkan tanganku untuk mencengkam sesuatu, tetapi hanya kegelapan yang menyambutku. Aku terus hanyut dalam kekosongan.

Kekosongan semakin dasyat hingga meracuni diriku dan menolak pergi semua orang di dalam hidupku. Aku berasa seolah-olah mereka sedang mengkritikku, dan orang-orang yang aku sayangi tidak mahuku lagi. Aku tiada tempat untuk berlindung, namun tiada juga musuh ketara untuk dilawan. Aku keseorangan.

Lama-kelamaan, aku sedari bahawa selain keluargaku, tiada sesiapa yang mengetahui atau memahami pergelutanku. Dalam masyarakat kita, keadaanku jarang diketengahkan kerana ia disifatkan sebagai isu yang mengaibkan. Anda mungkin akan mendapat komen seperti, “jangan malukan keluarga”.

Namun, aku tidak akan menyerah. Aku akan terus berlawan. Satu hari nanti, aku akan berani untuk bergaul di kalangan orang ramai lagi. Aku bertekad untuk menjadi tiang harapan bagi sesiapa yang perlukan bantuanku. Aku ingin mereka tahu bahawa ramai yang mengambil berat terhadap mereka, dan mereka sebenarnya tidak berseorangan.

Satu hari nanti, aku berharap untuk melihat sebuah Malaysia di mana pendapat seseorang tidak melebihi nilai kehidupan yang lain.





Cerita yang disyorkan

Atau klik di sini untuk melihat semua cerita.

Klik untuk membaca kisah-kisah lain.

The Best of You