Mohd Khairul Anuar A Rahman

Dari sejak kecil sebelum bersekolah lagi saya telah melukis.

Dari sejak kecil sebelum bersekolah lagi saya telah melukis. Saya menjadi minat melukis kerana tertarik dengan hasil lukisan keluarga sebelah ibu saya, Pak Busu (senihalus) dan arwah adik saudara (komik) serta keluarga sebelah arwah bapa , abang saudara (ilustrasi dan flipbook animation). Ketika berumur 10 tahun, saya melukis wajah rakan-rakan kelas diatas tujuan satu sahaja, berlawak dan suka-suka. Tetapi saya tidak begitu fokus pada dunia lukisan kerana tentangan dari keluarga dan saudara mara untuk jadikan melukis sebagai kerjaya. Sehinggalah keputusan akademik saya semakin lemah dan mengambil keputusan untuk bekerja digerai kraftangan sebagai pelukis barangan cenderahati di Banda Hilir Melaka pada tahun 1999.

Pada tahun itu juga saya diterima masuk disebuah kolej di Melaka untuk mengambil jurusan Pra Diploma 2D Animasi selama 6 bulan dan dapat meneruskan hingga penghujung tahun 2000 sahaja untuk Diploma 2D Animasi kerana tidak mampu untuk membiayai pengajian tersebut.

Pada awal tahun 2001 saya mendapat panggilan untuk bekerja disektor animasi disebuah studio animasi Keluangman sebagai pelukis papan cerita(Storyboard Artist) setelah berkenalan dengan mereka ketika dikarnival animasi bertempat dikolej saya belajar dan selepas itu saya dengan berbesar hati menerima tawaran ke studio animasi Anak-anak Sidek walaupon dengan gaji RM300 sebagai tukang potong kertas, scanning department dan colour department kerana saya dapat mempelajari pelbagai perkara distudio berkenaan.Sehingga tahun 2002, saya berputus asa didalam industri animasi kerana sering tidak mendapat gaji bulanan ataupon mingguan dan saya mencari kerja "freelance" sebagai pelukis ilustrasi buku kanak-kanak dan pelakon tambahan didalam bidang lakonan untuk menampung perbelanjaan harian dan bulanan.

Hingga penghujung tahun 2002 saya memilih untuk menjadi pelakon sepenuh masa hinggalah tahun 2003 saya bernikah dengan pilihan hati yang dikenali sejak kolej dan pada tahun 2004 saya kembali kesebuah studio animasi untuk membantu seseorang "setup" studio animasi "traditional" hingga tahun 2006 sahaja kerana saya ingin mempelajari animasi digital distudio lain dimana bagi saya dunia digital banyak memudahkan saya dalam menghasilkan karya.Sepanjang saya bekerja di Kuala Lumpur, isteri saya bekerja di Mahkamah Alor Gajah Melaka dan duduk bersama keluarganya di Melaka juga.

Sehingga Ogos 2008, saya berhenti terus didalam bidang animasi saya tidak mempunyai banyak masa untuk bersama isteri dan anak-anak sejak awal pernikahan.Jadi saya terus terjun kedunia perniagaan karikatur dan telah bertempat tetap di Melaka sejak akhir tahun 2009 dan pada tahun 2014 saya mendapat pengikhtirafan yang tidak disangka dari Malaysia Book of Records diatas Pameran Seniman dan Seniwati Lagenda Malaysia bertempat di MATIC, Jalan Ampang.Bagi saya ini adalah hadiah terbesar untuk saya dan isteri serta anak-anak kerana mereka jugalah sumber kekuatan saya untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan.

Pada tahun 2016, Febuari 2 isteri saya telah kembali ke rahmatullah.Kini zuriat kami ada bersama-sama saya seramai 4 orang, 2 lelaki dan 2 perempuan.Sejak dari itu saya kuatkan semangat untuk teruskan perniagaan didalam industri kreatif tanpanya disisi yang selama ini dialah sumber kekuatan saya dalam berkarya.

Kini saya menjalankan perniagaan karikatur dan ilustrasi dan beberapa perniagaan yang lain didalam bentuk pembelajaran pra sekolah dan sekolah rendah serta membuat bengkel lukisan bagi kanak-kanak hinggalah kegolongan profesional yang terdiri daripada orang industri kreatif dan tenaga-tenaga pengajar.
Mohd Khairul Anuar A Rahman