Hoang Phan

Hati saya sungguh sakit dan terluka.

Nama saya Hoang Thi Phan, no scan 5614 dari Vietnam. Ketika umur 19 tahun, saya berkahwin dan setahun kemudian saya dikurniakan seorang anak lelaki. Saya sungguh bahagia dengan keluarga saya, tapi kerana desakan ekonomi keluarga yang bertambah, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan suami dan anak tersayang untuk bekerja di Malaysia pada tahun 2006 ketika anak saya berumur 5 tahun.
2 tahun setelah saya duduk di Malaysia saya menerima berita. Suami saya berkahwin dengan orang lain, hati saya sungguh sakit dan terluka kerana saya bersusah payah bekerja untuk menambah pendapatan keluarga tapi dia khianati saya. tapi meskipun keadaan demikian, saya kuatkan semangat untuk terus mencari rezeki demi anak saya. Hingga kini anak saya sudah berusia 13 tahun saya dapat memberi kan kebahagiaan kepadanya dengan membuatkan sebuah rumah dan membelikan sebuah motosikal hasil dari titik peluh bekerja di kilang julies. itulah yang terbaik yang dapat saya berikan untuk anak saya.
Hoang Phan