Sejujurnya, orang OKU juga mempunyai perasaan.
Saya berpendapat kita patut hormat kepada orang OKU seperti orang biasa. Hal ini demikian kerana mereka selalu ditimpa masalah, namun tiada siapa yang ambil peduli. Perkara ini pernah berlaku di dalam sekolah, dimana beberapa pelajar mahu membuli dan memeras ugut seorang pelajar OKU kerana inginkan kepuasan dalam diri mereka. Nasib pelajar OKU itu bertuah kerana ada beberapa pelajar lain menegur pelajar tersebut supaya tidak membuli pelajar OKU tersebut. Perkara ini turut berlaku pada diri saya juga. Saya seringkali diejek kerana suara percakapan saya tidak betul seperti orang lain. Sejujurnya, orang OKU juga mempunyai perasaan yang sama seperti orang biasa.
Immadnuddin Irfan