Perjalanan hidup ini bukanlah suatu yang mudah.
Perjalanan hidup ini bukanlah suatu yang mudah. Namun, setiap apa yang kita lalui pasti ada kisah disebaliknya. Pernah suatu hari saya terserempak dengan seorang kurang upaya ataupun dikenali sebagai OKU. Diri ini mulai terfikir. Macam manalah kalau saya berada di situasi dan keadaan seperti dia. Adakah saya mampu untuk melaluinya dan meneruskan perjalanan hidup ini. Melihat dia serba kekurangan dari segi fizikal dan mental menjadikan diri mulai bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada diri ini. Diri ini tidaklah sesempurna mana tapi sangat-sangat bersyukur kerana masih mempunyai akal fikiran yang waras dan mampu untuk melakukan kerja-kerja harian seperti biasa. Mulai daripada hari itu, saya terus melihat setiap manusia biasa dan orang kurang upaya tidak jauh bezanya. Saya juga sentiasa merungut dan merasa susah setiap kali menghadapi masalah. Tetapi mulai dari sangat saya melihat orang kurang upaya itu, saya terus mengubah perspektif saya dan sentiasa beringat yang bila kita fikir kita dah cukup susah, ada lagi orang lain yang lagi susah dari kita. Jadi, kita sebagai manusia biasa ini perlulah sentiasa bersyukur dan jangan pernah putus asa dalam hidup ini. Jalaninya dengan tenang dan jadi yang terbaik buat diri anda sendiri.
Nur Farah Najian Danuri