Melalui keperitan hidup.
saya syaza azizi melalui keperitan hidup dimana saya dilema antara untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang tidak saya minati iaitu kaunseling atau teruskan perjalanan saya sebagai seorang pemain professional dalam bidang E-sukan. Hal ini memberi impak yang besar dalam prestasi saya sebagai seorang pelajar. Kesukaran juga saya hadapi kerana kos kaunseling merupakan kos yang bertentangan dengan ciri yang dalam dlm diri saya, iaitu seorang yang " introvert ". Kisah dilema hidup saya ini masih menjadi tanda tanya, apakah jalan yang harus saya pilih untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidup . Disamping itu , tekanan keluarga juga memberi kesan pada saya. apa yang saya minat mereka tidak merestui. Bahkan E-sukan ini mampu memberi pulangan sekali pun, mereka masih tidak menganggap bahawa E-sukan ini satu bidang yang luas dan mampu membina karear seseorang menjadi seorang yang berjaya untuk memjadi seorang pemain professional dalam bidan e-sukan.
Namun begitu, saya cuba untuk mengimbangkan Pelajaran dan E-sukan untuk menjadi seorang manusia yang "multi-task". Namun begitu, kesandaripada apa yang saya cuba lakukan itu tidak memberi impak yang positif. Hal ini kerana, prestasi saya dalam pelajaran menurun, laporan kedatangan saya juga merosot, fokus didalam kelas juga tidak sempurna. E-sukan merupakan satu bidang yang memerlukan masa sehingga 8 jam sehari. Untuk menjadi seorang pemain professional dalam bidang E-sukan memerlukan pengorbanan dalam segi masa dan perhubungan. Contohnya, dalam seminggu, saya perlu menghadap di depan laptop atau komputer sehingga 6 hari, dan saya hanya mempunyai 1 hari untuk beriadah. Disebabkan kekerapan saya mengadap komputer selama berjam-jam, ini memberi impak kepada hubungan sosial saya dengan komuniti dan persekitaran. saya kurang bercakap atau behubungan dengan rakan sekelas, pengajar dan orang sekeliling. Hal ini kerana jika saya menumpukan perhatian pada E-sukan, saya hanya perlu fokus pada perancangan dan berfikir secara kreatif apa langkah yang diperlukan untuk menghabiskan acara tersebut.
Selama 8 tahun saya mencuba dalam bidan E-sukan ini, saya masih belum berputus asa, saya masih ingin menjadi seorang pemain professional dalam bidang E-sukan, saya masih amat menginginkannya. Walaupun saya perlu melalui hingga 10-20 tahun lagi.. ya, saya sanggup korbankan masa saya untuk menjadikan impian saya jadi satu kenyataan!!. Sungguhpun begitu, pengajian saya dalam bidang kaunseling masih ada selama 1 tahun untuk saya habiskan, saya masih cuba yang terbaik untuk menginbangkan pelajaran sayan dengan E-sukan iaitu cita -cita sebenar saya yang tidak semua orang tahu =)
Syaza Azizi